TERKINI!!!
Klik disini untuk lihat e-Jadual
Gong Xi Fa Cai 2012Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2012 kepada seluruh warga SMK Inanam. Sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina bermula pada 21 Jan hingga 28 Jan 2012.
Majlis Penutupan Orientasi Tingkatan 110 Jan 2012 (Selasa) - Majlis penutupan Orientasi Tingkatan 1 telah diadakan di surau SMK Inanam pada jam 12.30 tengah hari. Majlis disempurnakan oleh Pengetua, Datin Hajah Noorayati Muhamad.Program Orientasi ini bermula pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Jan 2012 (Rabu) dan dikendalikan sepenuhnya oleh UBK.
Gotong-royong Perdana 20127 Jan 2012 (Sabtu) - Semua guru-guru bersama pelajar tingkatan 3 hingga 6 telah menjayakan gotong-royong perdana untuk membersihkan kawasan sekolah serta memindahkan barang-barang ke lokasi baru. Gotong-royong bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan program ini.
Takwim 2012Dapatkan Takwim Persekolahan SMK Inanam bagi tahun 2012. Sila klik di menu E-bahan atau klik di sini Hari Pertama Persekolahan 2012
4 Jan 2012 (Rabu) : Hari pertama persekolah sesi 2012 bermula dengan perhimpunan di hadapan bangunan Pentadbiran yang baru. Sesi persekolahan telah berubah di SMK Inanam bermula pada tahun ini dengan hanya satu sesi persekolah bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Senario ini berubah sejajar dengan kemudahan bangunan baru yang telah siap dibina di sini. Namun begitu, masih terdapat beberapa bilik khas yang belum dapat digunakan sepenuhnya seperti makmal sains, makmal komputer dan dewan utama. P&P berjalan mengikut jadual bagi tingkatan 2, 3, 5 dan 6 Atas. Manakala pelajar tingkatan 1 dan 4 terlibat dengan Minggu Orientasi. |
























